Penyanyi Nubhan berkata tindakannya memfailkan komital bukan untuk mencari kesalahan bekas isterinya, tetapi ianya dibuat selepas mendakwa Dr Fie melanggar perjanjian yang dipersetujui bersama.
Memetik mStar Online, Nubhan berkata dia turut meminta agar bekas isterinya membuat permohonan maaf secara terbuka untuk selesaikan kemelut berkenaan.
BACA: “Kalau Tak Salah Kenapa Takut?” – Peguam Nubhan Tegaskan 120 Soalan Buat Dr Fie Prosedur Biasa
“Dia yang memohon buat perjanjian tambahan (dilarang burukkan satu sama lain), kenapa dia langgar? Takkan salah saya pula. Selama ini saya diam, orang akan anggap dakwaanya betul sebab saya tak balas.
“Apa pun macam saya katakan sebelum ini, kalau dia minta maaf secara terbuka dan dipersetujui saya menigkut terma undang-undang, kes dah selesai.
“Permohonan maaf ini bukan nak cakap siapa betul atau siapa salah. Kita dah ada anak-anak, kita nak berdamai. Saya dah cakap dah, minta maaf sajalah. Kalau dia harapkan saya berlembut hati adakah bermakna dia sedar pelanggaran dibuat?” katanya.
Sementara itu, Nubhan berkata dia pilih berdiam diri kerana tidak mahu mencetuskan lebih banyak drama apatah lagi mereka sudah berpegang pada janji sebelum ini.
“Saya malas nak drama-drama dekat media sosial. Saya tak suka. Kita berpegang pada janji yang dah dipersetujui tempoh hari. Tak perlu buat drama.
“Kalau fitnah berlaku, perkata tak benar tentang kita memang susah untuk diterima. Disebabkan dia sendiri langgar klausa, saya terpaksa fail komital,” katanya.
Dalam pada itu, Nubhan menafikan dakwaan dia memantau media sosial bekas isterinya untuk mencari kesalahan malah menegaskan dia tidak mempunyai akaun palsu.
“Saya banyak kerja nak kena buat. Tak ada masa nak pergi stalk atau apa. Saya tak tahu. Saya tak pernah ada akaun palsu. Tak ada,” katanya.
Sumber: mStar Online