Tahniah diucapkan buat pelakon Emma Maembong dan suami Muhammad Shazli Azhar yang selamat menimang cahaya mata lelaki. Bagaimanapun, tidak didedahkan bila Emma melahirkan anak sulungnya itu.
Memetik laporan Harian Metro, Emma dan suami sudah mengadakan majlis doa selamat dan aqiqah bayi mereka. Bagaimanapun, adik beradik tidak berkongsi mengenai Emma bersalin di media sosial masing-masing.
BACA: Emma Maembong Tak Sangka Hamil Lepas 3 Minggu Nikah
Menerusi perkongsian terbaru di Instagram, Emma ada memuat naik entri berkaitan majlis mengumumkan jantina bayi mereka di saluran YouTube Emma Maembong. Bagaimanapun, setakat ini masih tiada kenyataan lanjut daripada Emma mengenai berita gembira itu.
View this post on Instagram
Emma dan Muhammad Shazli mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 dan mengumumkan berita kehamilannya ketika usia kandungan memasuki 4 bulan ketika mereka sedang bercuti di Langkawi.