fbpx

Bella Astillah Ganti Ruhainies Jadi Wajah Jenama Produk Kecantikan

Susulan kontroversi terpalit Ruhainies, jenama produk kecantikan, Kitsui mengambil tindakan berani mengaburkan wajah aktres itu dalam iklan Ramadan sekaligus menerima pujian netizen.

Nampaknya, selepas mengaburkan wajah Ruhainies, jenama Kitsui memilih pelakon dan penyanyi Bella Astillah sebagai wajah baru produk kecantikan mereka.

BACA: Produk Kecantikan Dipuji Kaburkan Muka Ruhaines Dalam Iklan Ramadan

Menerusi perkongsian terbaru, Kitsui memuat naik poster memaparkan wajah Bella yang turut menitipkan kata-kata semangat buat semua wanita untuk menjadi lebih kuat.

“Wanita dilahirkan istimewa. Harus tetap kuat meski hampir menyerah, tetap sabar meski hampir mengeluh, tetap jua bangkit meski hampir terjatuh. Jadilah wanita yang lebih kuat untuk kehidupan lebih baik,” tulisnya.

Perkongsian Kitsui itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang menyifatkan ianya langkah bijak dilakukan oleh jenama kecantikan itu dengan mengambil Bella sebagai wajah produk berkenaan.

Terdahulu, pihak Kitsui menegaskan mereka tidak menyokong mana-mana pihak yang berkelakuan buruk serta mencetuskan kontroversi.

SUMBER: HibGlam