fbpx

Adam Corrie Kongsikan Kisah Sukar Isteri Tunai Umrah

Terkesan juga hati kami apabila membaca perkongsian terbaru Adam Corrie atau nama penuhnya Adam Corrie Lee Abdullah menerusi akaun Facebook beliau baru baru ini. Beliau dan isteri tetap pergi menunaikan umrah walaupun sedang diuji Tuhan.

Menurut Adam Corrie enam hari sebelum mereka bertolak menunaikan umrah isterinya, Fazema Mohd Fuad telah dimasukkan ke hospital untuk pembedahan di bahagian perutnya kerana hamil di luar rahim dan hanya keluar hospital tiga hari sebelum pergi.

“Dalam keadaan yang tidak sihat dan sedih kerana kehilangan zuriat yang telah ditunggu hampir 7 tahun tetapi oleh kerana rasa tanggungjawab kendalikan program umrah Kembara Iman Saudara Baru, bidadari saya pergi juga umrah bersama dan gembira kerana masih dijemput oleh Allah untuk menjadi tetamu di Tanah Suci”

“Hari pertama sampai di Mekah saya bantu Bidadari saya pakai wheel chair tunaikan umrah kerana tak boleh berdiri dan berjalan lagi,” tulis Adam Corrie.

Pelakon ini turut kongsikan pengalaman bagaimana isterinya terpaksa mendaki Bukit Nur (Jabal Nur) dalam keadaan bertongkat selepas niat mahu menunggu dalam bas tidak kesampaian.

“Mungkin Allah nak kita daki juga walaupun dalam keadaan tidak sihat. Isteri Rasulullah S.A.W , Siti Khadijah dulu berulang alik daki Jabal Nur hantar makanan ketika sedang hamil 8 bulan. Okay je alhamdulillah,” ujar isteri Adam Corrie.

Pasangan ini selamat sampai kemuncak Jabal Nur dan dapat masuk Gua Hira pada pukul 12.15 malam pada hari itu.

“Ketika saya dan bidadari saya sampai di kemuncak seluruh jemaah terkejut yang bidadari saya boleh sampai ke Gua Hira dalam keadaan tidak sihat, perut baru lepas di bedah. Hanya berbekalkan tongkat mendaki Jabal Nur dan saya yang memimpinnya di waktu malam”

“Kami seluruh jemaah Kembara Iman Saudara baru seperti dpt merasai kepayahan Rasulullah S.A.W mendaki Jabal Nur ketika dahulu,” tulis Adam Corrie lagi. (rtky/m)