fbpx

Wawa Zainal Selamat Lahirkan Anak Kedua

Tahniah kepada Wawa Zainal dan juga suami, Aeril Zafrel kerana kini telah selamat menimang anak perempuan yang juga merupakan anak kedua pasangan ini pada malam semalam pukul 10.04 malam. Sebelum ini mereka telah dikurniakan anak sulung iaitu Ahmad Fakhruddin Attar.

BACA: Wawa Zainal Tidak Dapat Balik Beraya Kerana Sarat Hamil

Sehingga kini, pasangan ini masih belum memilih nama untuk cahaya mata mereka ini namun mereka sempat berkongsi rasa gembira tersebut bersama peminat melalui perkongsian gambar di Instagram di mana rata-rata peminat mereka turut berkongsi rasa gembira.

Sebelum ini Wawa pernah menyatakan bahawa dia tidak dapat pulang beraya ke kampung kerana kini sedang sarat hamil. Melalui berita kelahiran cahaya mata baru ini juga harapnya bakal membuatkan rezeki pasangan ini semakin melimpah di samping dipermudahkan segala urusan. (rtky/s)