Wawa Zainal, Aeril Timang Cahaya Mata Kedua, Belum Pilih Nama
Tahniah kepada Wawa Zainal dan juga suami, Aeril Zafrel kerana kini telah selamat menimang anak perempuan yang juga merupakan anak kedua pasangan ini pada malam semalam pukul 10.04 malam. Sebelum ini mereka telah dikurniakan anak sulung iaitu Ahmad Fakhruddin Attar.
BACA: Wawa Zainal Tidak Dapat Balik Beraya Kerana Sarat Hamil
Sehingga kini, pasangan ini masih belum memilih nama untuk cahaya mata mereka ini namun mereka sempat berkongsi rasa gembira tersebut bersama peminat melalui perkongsian gambar di Instagram di mana rata-rata peminat mereka turut berkongsi rasa gembira.
Sebelum ini Wawa pernah menyatakan bahawa dia tidak dapat pulang beraya ke kampung kerana kini sedang sarat hamil. Melalui berita kelahiran cahaya mata baru ini juga harapnya bakal membuatkan rezeki pasangan ini semakin melimpah di samping dipermudahkan segala urusan. (rtky/s)
Tahniar kembar ku
Semoga mnjadi anak yg soleh dan solehah..Amin
mak suka laki dia sun. anak ikan sapa tu dulu?
tahniah buat kamu berdua…
tahniah uollszzz… aeril tetap hensem giler..
tahniah..suka sgt dgn pasangan ni. walaupon dulu byk kontroversi tp skrg nmpak sgt perubahan diaorg.. wawa dh la cntik..suka sgt klu ada family mcm ni.. bhagia..semoga bhagia sampai jannah..
suka aeril… like.. melting.. hensem ..wangi.. comel.. beriman
TAHNIAH NAK AERIL DAN WAWA.. MOGA BAHAGIA SELALU.. KITA JGN LA BOROS DLM HIDUP..ADA ANAK BERPADA PADALAH BERBELANJA.. X PYAH BELI BAJU MAHAL MAHAL
..MOGA INGT PESANAN SAYA DAN SUAMI
hensemnyer aeril zafrel ni.. ape pun tahniah aeril wawa dpt baby comel..ckup spsng
hensem aeril ni..untong wawa dpt aeril ni.attar dh dpt adik..ape namanyer atie?? hehe
hensem aeril ni..untong wawa dpt aeril ni.attar dh dpt adik..ape namanyer atie?? hehe
Siti dlm syurga nur…mana ko tau aeril tu wangi,hehehehe
HAHAHAAHAHA..MUNGKIN NAMPAK MACAM WANGI..KAK TIJA RASA SEBAB MUKA HENSEM MESTI WANGI.. GITU LA KOT..AHAHA ..TAHNIAH LA AERIL & WAWA.. PASNI DPT YG KETIGA PLAK NEXT YEAR KAN.. HENSEM LA JGK AERIL KAK TIJA RASA SBB RAMAI CAKAP HENSEM.