Aizat Terjun Ke Dunia Lakonan, Tampil Bersama Lisa Surihani & Beto

Boleh tahan kau Aizat, dunia muzik kau takluk, kini mula terjun bidang baru.

Berita baik Aizat Amdan tidak hanya berakhir semalam selepas di’lantik Tokoh Muda Negara 2011 & mengungguli pencalonan Anugerah Industri Muzik ke 18 (AIM 18) dengan 6 pencalonan.

Aizat Amdan turut memberitahu kepada pihak GUA semalam yang beliau akan tampil sebagai pelakon filem buat pertama kali.

Aizat akan membintangi filem Istanbul Aku Datang bersama pelakon hebat lain seperti Beto Kusyairy, Lisa Surihani dan penyanyi Tomok.

Pada mulanya, beliau hanya di’tawarkan untuk menulis lagu rasmi filem berkenaan sebelum pengarah Bernard Chauly menawarkan watak sampingan untuk Aizat.

Aizat Amdan menerima tawaran ini kerana lokasi penggambaran yang 100% mengambil tempat di Istanbul, Turki. Menurut penyanyi ini, beliau memang sudah lama mengimpikan untuk ke’sana.

Tomok Bakal Kahwini Gadis Bernama Ayu, Pramugari 5 Tahun Lebih Tua

Sebelum apa-apa, kami mahu ucapkan tahniah buat Tomok atas percubaan untuk membawa kelainan ketika membuat persembahan di Anugerah Juara Lagu 25 hujung minggu lalu.

Selesai AJL 25, kini tiba masa untuk korek kisah peribadi penyanyi solo Malaysia yang semakin mendapat tempat di’hati peminat dunia hiburan.

Tomok melalui mStar Online hari ini mengaku yang kini beliau sedang berusaha untuk bergelar suami secara sah kepada seorang gadis bernama Ayu, 31.

Ayu menurut artikel tersebut di’fahamkan bertugas sebagai pramugari untuk sebuah syarikat penerbangan tempatan.

“Setakat ini semua dalam perancangan dan masih awal untuk menceritakan persiapan perkahwinan kami. Dia juga masih belum bersedia untuk diperkenalkan kepada peminat,” katanya.

Zee Avi Akan Buat Persembahan Di Anugerah Industri Muzik 17

Mengubati kekecewaan mereka yang tidak dapat hadir ke konsert Zee Avi baru-baru ini, Zee Avi di’sahkan akan kembali ke Malaysia (via @sultanmuzaffar)

Kembalinya Zee Avi bukan untuk membuat konsert kedua tetapi Zee Avi di’khabarkan akan membuat kemunculan istimewa di’atas pentas Anugerah Industri Muzik (AIM) ke 17.

AIM 17 yang akan disiarkan secara langsung pada 2 Mei ini menerusi saluran NTV7 menerima pencalonan terbanyak dari penggiat muzik dalam sejarah — 925 pencalonan.

Ini sesuatu yang baik untuk industri muzik Malaysia yang nampaknya banyak di’gerakkan oleh mereka yang bermula secara underground.

Apa yang kami mahu lihat di’atas pentas AIM17 nanti adalah kolaborasi antara Yuna & Zee Avi membawakan salah satu lagu popular mereka berdua atau lebih baik, medley lagu popular mereka.

Faezah Elai Tidak Akui Diri Sebagai Seksi, Jadi Heroin Tomok

Faezah Elai seperti yang kita tahu memang terkenal dengan imej seksi & nakal. Itu yang kita tahu.

Tetapi, hari ini Faezah Elai tampil dengan pengakuan tidak bersalah terhadap gelaran selebriti seksi yang di’berikan kepada beliau.

“Rasanya, saya bukannya seksi sangat pun. Saya hanya menjadi diri saya sendiri dan tidak suka dress up dengan gaya tertentu semata-mata untuk buat orang kagum dengan diri saya”

Pelakon yang boleh di’katakan baru ini menambah beliau baru sahaja selesai menjalani pengambaran filem Mantera yang mana Tomok menjadi hero utama.

Sekarang beliau sedang menjalani pengambaran filem Cun arahan Osman Ali bersama pelakon popular, Maya Karin.

Makin hebat portfolio gadis berusia 27 tahun ini, mana tahu selepas ini boleh pegang watak utama dalam filem.

12