Entah kenapa Google cepat benar keluarkan senarai keyword popular sepanjang 2009. Kita masih dalam permulaan Disember.


Tidak mengapa. Yang penting, senarai yang di’keluarkan Google untuk Malaysia nampak sedikit lari dari biasa.

Zee Avi, penyanyi kelahiran Malaysia yang kini berpengkalan di Amerika Syarikat menduduki tangga pertama selebriti atau penghibur Malaysia paling di’cari.

Pesaing sihat beliau, Yuna menduduki tangga kedua manakala tempat ketiga & keempat masing-masing di’duduki bintang Akademi Fantasia, Hafiz & Aril.



Bintang Nur Kasih, Tiz Zaqyah nampaknya benar-benar memberi impak kepada industri hiburan dengan menduduki tangga ke-5.

Heroin drama bersiri Blogger Boy Julie Woon ke-6, Stacy ke-7, Tomok ke-8, kumpulan alternatif sensasi Bunkface di tempat ke-9 & kemunculan mengejutkan di’tangga ke-10, Linda Onn.

Senarai penuh boleh di’lihat di Google Zeitgeist 2009 & jika ada yang mencari Fasha Sandha, beliau berada dalam senarai newsmaker.