fbpx

Faezah Elai Tidak Akui Diri Sebagai Seksi, Jadi Heroin Tomok

Faezah Elai seperti yang kita tahu memang terkenal dengan imej seksi & nakal. Itu yang kita tahu.

Tetapi, hari ini Faezah Elai tampil dengan pengakuan tidak bersalah terhadap gelaran selebriti seksi yang di’berikan kepada beliau.

“Rasanya, saya bukannya seksi sangat pun. Saya hanya menjadi diri saya sendiri dan tidak suka dress up dengan gaya tertentu semata-mata untuk buat orang kagum dengan diri saya”

Pelakon yang boleh di’katakan baru ini menambah beliau baru sahaja selesai menjalani pengambaran filem Mantera yang mana Tomok menjadi hero utama.

Sekarang beliau sedang menjalani pengambaran filem Cun arahan Osman Ali bersama pelakon popular, Maya Karin.

Makin hebat portfolio gadis berusia 27 tahun ini, mana tahu selepas ini boleh pegang watak utama dalam filem.