Tomok

Juara One in a Million musim lalu, Tomok telah disahkan untuk berlakon dalam sebuah filem live action bertajuk Mantera.


Filem usahasama antara Flare Studio Sdn Bhd & Spacetoon Russia LLC ini akan memakan belanja tidak kurang dari USD250,000.

Filem ini adalah juga hasil inisiatif FINAS yang mahukan filem Malaysia setanding dengan filem antarabangsa yang lain. Oleh itu, pemilihan kerjasama dengan Spacetoon dilihat sebagai satu rancangan yang strategik.

Jika Tomok ingin menjadi superhero dan menerima sambutan seperti dalam One in a Million, Tomok perlu bekerja keras membina badan supaya tidak menjadi Cicakman — superhero papan sekeping.



Dan berkenaan heroin dari Russia itu, harapnya dapatlah pelakon yang berkualiti. Jangan main hantar saja sesiapa dari Russia & claim filem Malaysia ada pelakon antarabangsa.