Kekasih Fazura Hadiahkan Belon Satu Kontena Sebagai Usaha Memujuk

Bertuah jadi wanita bernama Fazura.

Murai hari ini menulis sesuatu yang menarik & romantik berkaitan Fazura.

Al-kisahnya, awal Ramadhan lalu, kekasih hati Fazura telah menghantar sebuah kontena penuh dengan belon & sepanduk.

Usaha penuh grand & romantik ini adalah usaha sang kekasih untuk memujuk hati Fazura. Untungnya lelaki berusaha untuk memujuk hati.

Sang lelaki di’katakan ada membuat kesalahan sebelum itu & selepas menyedari kesilapan berada di pihak’nya, usaha memujuk pun bermula.

Umum sedia maklum yang sang kekasih hati Fazura bukan calang calang orang dalam Malaysia. Kontena belon ini juga di’katakan mempunyai polis pengiring.

Bak kata pepatah orang orang tua, ada wang ada amoi.

Nur Fazura Pernah Belikan Tiket Kapal Terbang Untuk Kek & Aksi Atas Katil

Anda mesti berminat dengan tiga perkataan terakhir dalam tajuk bukan?

Seperti Cosmopolitan dan banyak lagi majalah di’luar sana, kami juga pandai tarik pelawat dengan tajuk misleading. It’s just business.

Kita mulakan dengan kisah kek yang bertuah ini terlebih dahulu. Semua sedia maklum yang Fazura kini memang sedang hangat bercinta dengan seseorang.

Apabila Cosmopolitan mengajukan soalan ‘apakah perkara paling gila pernah Fazura lakukan untuk kekasih?’, beliau pernah belikan kek tiket kapal terbang business class.

Semua ini di’lakukan untuk membawa kek hari jadi kepada teman lelaki beliau dan Fazura sendiri membawa kek yang agak besar itu sambil pakai high heels. Hebat.

Dan, kisah atas katil. Cosmopolitan berjaya menarik minat kami untuk mengetahui lebih lanjut apa yang Fazura lakukan atas katil sehingga menjadi tajuk muka hadapan.

Rupa-rupanya, katil di rumah merupakan tempat kesukaan Fazura untuk lepak di’masa lapang & bermacam aktiviti yang beliau lakukan di’atas sana seperti melayari Rotikaya.com, makan, baca buku & chatting dengan teman lelaki.

Gossip: Nur Fazura Kembali Aktif Dalam Dunia Lakonan Kerana Putus Cinta?

Nampaknya kisah putus cinta Fasha Sandha & Jejai bukan satu satunya kisah yang kami terima.

Ada burung bersiulan di’luar sana tentang aktress popular Malaysia, Nur Fazura atau Fazura tentang kisah cinta’nya.

Rasanya sudah satu Malaya tahu akan kisah percintaan Fazura dengan seseorang yang cukup ternama dari selatan tanah air.

Namun, kisah terbaru yang kami terima, hubungan mereka di’katakan kini hanya tinggal kenangan tanpa sebab yang dapat kami pastikan.

Sepanjang akhir tahun lalu, Fazura di’katakan tiada di bumi Malaysia kerana bercuti ke luar negara untuk mengubat hati yang luka.

Percutian yang di’katakan di’sertai teman lelaki ternama itu sama sekali tidak benar kerana jejaka idaman ramai itu di’lihat menghadiri majlis penting sepanjang ketiadaan Fazura.

Terbaru, Fazura memberi kenyataan yang beliau akan kembali aktif berlakon setelah 2010 merupakan tahun paling selektif untuk beliau.

Hakikatnya, Fazura bukan selektif terhadap watak atau skrip, tetapi agak selesa kehidupan beliau ketika bercinta dengan orang kenamaan tersebut. Setelah semuanya berakhir, masa untuk kembali berdikari.

Entah benar entah tidak hanya tuan badan yang tahu akan hakikat kisah yang kami dengar ini. Tiada salahnya mengaku hubungan sudah berakhir seperti di’lakukan Jejai, mudah.

Nur Fazura Enggan Komen Hubungan Dengan Kerabat Diraja, Bakal Muncul Bertudung Untuk Drama

Alhamdulillah, kami sudah selamat sampai ke tanah Malaysia bumi tercinta awal pagi ini.

Pengalaman 4 hari di Seoul, Korea benar benar membuka mata kami tentang pentingnya dunia hiburan dalam kehidupan masyarakat sana.

Mungkin sampai masa untuk kami cover kisah gossip & perkembangan selebriti dari dunia hiburan yang lebih di’kenali sebagai K-Pop. Heh.

Pagi pagi ini, kita mulakan dengan kisah artis jelita kegemaran ramai ini, Nur Fazura atau nama ringkas’nya Fazura.

Rasanya sampai hari ini, ramai sudah tahu akan spekulasi yang menyebut Fazura kini sedang hangat bercinta dengan seorang kerabat diraja ternama dari selatan tanah air.

Namun dalam pertemuan terbaru KOSMO! bersama si cantik jelita ini, Fazura enggan memberi sebarang komen tentang gossip & kisah yang tersebar luas itu.

Tetapi, Fazura mengakui hatinya kini sedang berbunga cinta dan perasaan bahagia menyelubungi hidupnya.

Dalam perkembangan lain, Fazura bakal muncul dengan watak bertudung buat pertama kali dalam drama Tahajud Cinta dan Kitab Cinta arahan Erma Fatima.

Dua drama terbaru lakonan Fazura ini bakal menjalani pengambaran di Mekah & sememangnya niat hati kecil Fazura untuk ke sana sejak sekian lama.

(Gossip) Nur Fazura Gagal Hadir Ke Anugerah Skrin 2010, Sedang Bercuti Dengan Buah Hati Ke Luar Negara?

Setiap kali habis’nya satu satu majlis anugerah, pasti berjela jela kisah kurang enak bakal kita dengar. Sama ada tidak puas hati tentang keputusan atau gelagat selebriti itu sendiri.

Seperti semua sedia maklum, Jumaat lalu, berlangsung’nya majlis Anugerah Skrin 2010 yang di’laksanakan dalam penuh sederhana biarpun pihak penganjur kata ini majlis paling berprestij dalam dekad ini.

Satu kisah di’sampaikan oleh seorang penulis hiburan media massa hari ini agak kurang enak di’dengar — berkenaan Fazura.

Pada malam tersebut, Fazura berjaya merangkul anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Filem) melalui filem Pisau Cukur namun kelibatan tuan punya badan tidak kelihatan.

Ada yang mengatakan Fazura sudah merajuk dengan majlis anugerah selepas kegagalan merangkul apa-apa dalam Festival Filem Malaysia ke 23 yang lalu.

Ada juga sumber nakal yang menyebut Fazura kini sedang bercuti ke luar negara bersama kekasih hati untuk menyambut tahun baru bersama.

Entah betul entah tidak dakwaan liar orang yang tidak kita ketahui kesahihan’nya. Kita tunggu sahaja jawapan rasmi Fazura nanti ya?

Kredit gambar tanpa prejudis buat Grom Airiss (Flickr). Ada tips? E-mailkan kepada kami atau Twitter @rotikaya atau BBM PIN 21BB610F.

12