Setiap kali habis’nya satu satu majlis anugerah, pasti berjela jela kisah kurang enak bakal kita dengar. Sama ada tidak puas hati tentang keputusan atau gelagat selebriti itu sendiri.

Seperti semua sedia maklum, Jumaat lalu, berlangsung’nya majlis Anugerah Skrin 2010 yang di’laksanakan dalam penuh sederhana biarpun pihak penganjur kata ini majlis paling berprestij dalam dekad ini.

Satu kisah di’sampaikan oleh seorang penulis hiburan media massa hari ini agak kurang enak di’dengar — berkenaan Fazura.

Pada malam tersebut, Fazura berjaya merangkul anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Filem) melalui filem Pisau Cukur namun kelibatan tuan punya badan tidak kelihatan.

Ada yang mengatakan Fazura sudah merajuk dengan majlis anugerah selepas kegagalan merangkul apa-apa dalam Festival Filem Malaysia ke 23 yang lalu.

Ada juga sumber nakal yang menyebut Fazura kini sedang bercuti ke luar negara bersama kekasih hati untuk menyambut tahun baru bersama.

Entah betul entah tidak dakwaan liar orang yang tidak kita ketahui kesahihan’nya. Kita tunggu sahaja jawapan rasmi Fazura nanti ya?

Kredit gambar tanpa prejudis buat Grom Airiss (Flickr). Ada tips? E-mailkan kepada kami atau Twitter @rotikaya atau BBM PIN 21BB610F.