Alhamdulillah, kami sudah selamat sampai ke tanah Malaysia bumi tercinta awal pagi ini.

Pengalaman 4 hari di Seoul, Korea benar benar membuka mata kami tentang pentingnya dunia hiburan dalam kehidupan masyarakat sana.

Mungkin sampai masa untuk kami cover kisah gossip & perkembangan selebriti dari dunia hiburan yang lebih di’kenali sebagai K-Pop. Heh.

Pagi pagi ini, kita mulakan dengan kisah artis jelita kegemaran ramai ini, Nur Fazura atau nama ringkas’nya Fazura.

Rasanya sampai hari ini, ramai sudah tahu akan spekulasi yang menyebut Fazura kini sedang hangat bercinta dengan seorang kerabat diraja ternama dari selatan tanah air.

Namun dalam pertemuan terbaru KOSMO! bersama si cantik jelita ini, Fazura enggan memberi sebarang komen tentang gossip & kisah yang tersebar luas itu.

Tetapi, Fazura mengakui hatinya kini sedang berbunga cinta dan perasaan bahagia menyelubungi hidupnya.

Dalam perkembangan lain, Fazura bakal muncul dengan watak bertudung buat pertama kali dalam drama Tahajud Cinta dan Kitab Cinta arahan Erma Fatima.

Dua drama terbaru lakonan Fazura ini bakal menjalani pengambaran di Mekah & sememangnya niat hati kecil Fazura untuk ke sana sejak sekian lama.