fbpx

Nur Fazura Pernah Belikan Tiket Kapal Terbang Untuk Kek & Aksi Atas Katil

Anda mesti berminat dengan tiga perkataan terakhir dalam tajuk bukan?

Seperti Cosmopolitan dan banyak lagi majalah di’luar sana, kami juga pandai tarik pelawat dengan tajuk misleading. It’s just business.

Kita mulakan dengan kisah kek yang bertuah ini terlebih dahulu. Semua sedia maklum yang Fazura kini memang sedang hangat bercinta dengan seseorang.

Apabila Cosmopolitan mengajukan soalan ‘apakah perkara paling gila pernah Fazura lakukan untuk kekasih?’, beliau pernah belikan kek tiket kapal terbang business class.

Semua ini di’lakukan untuk membawa kek hari jadi kepada teman lelaki beliau dan Fazura sendiri membawa kek yang agak besar itu sambil pakai high heels. Hebat.

Dan, kisah atas katil. Cosmopolitan berjaya menarik minat kami untuk mengetahui lebih lanjut apa yang Fazura lakukan atas katil sehingga menjadi tajuk muka hadapan.

Rupa-rupanya, katil di rumah merupakan tempat kesukaan Fazura untuk lepak di’masa lapang & bermacam aktiviti yang beliau lakukan di’atas sana seperti melayari Rotikaya.com, makan, baca buku & chatting dengan teman lelaki.