Tiz Zaqyah: Saya Belum Pelajari Ilmu Kewangan, Boros Kerana Makan

Bukan mudah untuk kami bertemu dengan bintang muda, Tiz Zaqyah ini. Kali terakhir sekitar Oktober tahun lalu.

Terbaru berkaitan Tiz Zaqyah, gadis yang bakal menyambut ulangtahun kelahiran ke 23 bulan hadapan ini akan tampil dengan drama bersiri baru, Sofiyya.

Tiz Zaqyah dalam sessi bertemu media tidak segan silu mengakui diri’nya seorang yang boros jika berbelanja — lebih lebih lagi ke’arah makanan.

Pelakon yang mula menyinar melalui drama Nur Kasih ini berkata beliau suka membawa rakan rakan & membelanja mereka untuk makan bersama kerana itu membuatkan Tiz Zaqyah gembira.

“Saya masih muda rasanya — 22, bulan hadapan saya masuk 23. Dan, saya belum mula belajar apa apa ilmu pengurusan kewangan.”

“Saya seorang yang boros sebenarnya, terutamanya makanan. Saya akan bawa kawan kawan pergi makan dan gembira melihat kami semua bersama. Eh kita makan apa pagi tadi?” kata Tiz Zaqyah merujuk kepada pembantu peribadi beliau.

Tiz Zaqyah turut mengakui yang duit itu penting dan bercadang untuk membeli harta & aset sebagai pelaburan masa hadapan. “Tapi kan, I masih mudalah. Iskk.”

Rindukan Tiz Zaqyah, tonton drama baru untuk slot Akasia berjudul Sofiyya bermula 7 malam hari ini di TV3. Gambar Tiz Zaqyah ketika sidang media petang semalam selepas ini. EnjoiceTeruskan Membaca

Penangan Laman Sosial: Gigi Rakam Lagu Dengan Tajuk ‘My Facebook’

Semakin hari, Facebook semakin menghampiri menjadi salah satu elemen penting hidup kita.

Pergi mana sahaja, tanyakan sesiapa sahaja, Facebook memang sesuatu yang wajib & hype hari ini. Termasuk band dari Indonesia ini, Gigi.

Demi untuk menangkap audiens dari kalangan mereka yang gilakan Facebook, Gigi tampil dengan sebuah lagu baru bertajuk ‘My Facebook’.

Lirik lagu ini menceritakan tentang seorang lelaki yang berjumpa kekasih lama beliau setelah beliau membuka sebuah akaun Facebook.

Hanya beberapa kali perkataan Facebook di’sebut dalam lagu ini & sebenarnya, tanpa tajuk ‘My Facebook’, lagu ini sudah mampu berdiri dengan lirik sendiri.

Layankan video lagu ‘My Facebook’ oleh Gigi selepas ini. Teruskan Membaca