fbpx

Penangan Laman Sosial: Gigi Rakam Lagu Dengan Tajuk ‘My Facebook’

Semakin hari, Facebook semakin menghampiri menjadi salah satu elemen penting hidup kita.

Pergi mana sahaja, tanyakan sesiapa sahaja, Facebook memang sesuatu yang wajib & hype hari ini. Termasuk band dari Indonesia ini, Gigi.

Demi untuk menangkap audiens dari kalangan mereka yang gilakan Facebook, Gigi tampil dengan sebuah lagu baru bertajuk ‘My Facebook’.

Lirik lagu ini menceritakan tentang seorang lelaki yang berjumpa kekasih lama beliau setelah beliau membuka sebuah akaun Facebook.

Hanya beberapa kali perkataan Facebook di’sebut dalam lagu ini & sebenarnya, tanpa tajuk ‘My Facebook’, lagu ini sudah mampu berdiri dengan lirik sendiri.

Layankan video lagu ‘My Facebook’ oleh Gigi selepas ini.