Artis Senior Melenting, Hot FM Hentikan Segmen Panggilan Hangit Selamanya?

Persoalan sama ada segmen yang menjadi kegemaran ramai ini akan di’tutup selamanya atau hanya sementara sudah terjawab pagi tadi melalui radio.

Dalam satu pengumuman ringkas menerusi Hot FM, AM Krew yang membariskan Faisal Ismail, Fara Fauzana, Usop Wilcha dan AG memberitahu segmen Panggilan Hangit kini hanya kenangan.

Pihak pengurusan di’khabarkan telah mengambil keputusan untuk memberhentikan segmen ini buat selamanya dan peminat Hot FM yang selama ini setia menanti di hadapan radio setiap pagi akan kecewa bermula hari ini.

Walaupun tidak menyatakan apa sebab sebenar penutupan segmen Panggilan Hangit ini, kami menerima satu dakwaan liar yang berkata ia’nya berpunca dari insiden seorang artis senior yang melenting.  Teruskan Membaca

(Gossip) Heliza AF5 Ada Hubungan Sulit Dengan Suami Orang?

Disclaimer: Informasi ini datang sepenuhnya dari forum hiburan terunggul, terhebat & terkemuka Malaysia, Cari.com.my.

Update 17 Januari 2010 (0127hrs) – Heliza Nafi Ada ‘Affair’ Dengan Suami Orang (via mStar Online)

Al-kisahnya, pagi tadi ada seorang pemanggil menelefon studio Hot FM dan mengadu yang suaminya kini ada skandal dengan perempuan lain.

Ini bukan kisah masyarakat kebanyakkan, suami si pemanggil ini mendakwa suami’nya sekarang ada hubungan sulit dengan seorang artis.

Nama artis tersebut tidak di’dedahkan secara terang-terangan namun clue yang ada seperti merujuk kepada Heliza AF5.

Menurut si pemanggil, artis tersebut seorang yang bertudung litup & merupakan bekas pelajar sebuah rancangan realiti televisyen.

Artis itu juga di’katakan seorang yang cantik, bermata galak & selalu cakap loghat Utara namun ada juga kadang-kadang terselit loghat Sabah & Sarawak.

Sang isteri ini turut memberitahu yang suami’nya sudah gila bayang dengan artis ini sehingga anak-anak di’rumah sudah tidak di’pedulikan.

Entah betul entah tidak, Heliza tetap kena tampil memberi jawapan kerana clue itu sudah terang-terangan merujuk kepada diri beliau.

Hot FM Twisties Bingit Bakal Berpindah Ke Layar Televisyen

Dalam pada ada gesaan dari pakar ekonomi untuk menghentikan program realiti, kini muncul program baru.

Hot FM Twisties Bingit bukanlah satu program realiti baru kepada mereka yang mendengar radio Hot FM. Cuma kali ini, tarafnya di’angkat ke layar televisyen.

Ramai mula mempersoalkan keperluan program realiti hiburan selepas lambakan artis yang wujud dalam industri seni tanah air.

Penambahan band-band bebas yang bersaing dalam Hot FM Twisties Bingit ini akan menambahkan bilangan artis yang wujud, tetapi belum tentu masa hadapan’nya.

Hot FM Twisties Bingit boleh kami katakan Akademi Fantasia versi berkumpulan kerana berjaya menarik minat ramai anak muda (bersama band masing-masing) untuk mencuba nasib.

Program realiti ini akan di’tayangkan di 8TV dan pemenang utama akan membawa pulang hadiah bernilai RM80,000 beserta kontrak rakaman dengan Monkey Bone.

Nana (Kini ex-ERA FM) Dipindahkan ke Radio Kurang popular, XFM

Lumrah bekerja dibawah orang lain, jika sampai masa, kita perlu menurut sahaja kehendak mereka yang lebih besar.

Terbaru, Nana yang antara penyampai senior di ERA FM dipindahkan ke stesyen radia kurang popular XFM.

Orang kuat ERA FM, Nazri Noran mengesahkan berita ini namun Nana yang masih dalam proses menghabiskan sisa cuti tidak dapat di’hubungi untuk komen.

Agak kurang bernasib baik nasib Nana kerana sebelum ini rakan setugas lain dipindahkan ke stesyen radio yang agak gah bilangan pendengarnya.

Nazri Noran memberitahu yang pertukaran dalaman ini adalah untuk kebaikan kedua-dua stesyen radio tersebut.

ERA FM kini sudah di’pintas populartinya oleh HOT FM yang dimiliki oleh Media Prima. XFM walaubagaimanapun masih bergelut untuk meletakkan diri dikalangan radio popular.