fbpx

Nana (Kini ex-ERA FM) Dipindahkan ke Radio Kurang popular, XFM

Lumrah bekerja dibawah orang lain, jika sampai masa, kita perlu menurut sahaja kehendak mereka yang lebih besar.

Terbaru, Nana yang antara penyampai senior di ERA FM dipindahkan ke stesyen radia kurang popular XFM.

Orang kuat ERA FM, Nazri Noran mengesahkan berita ini namun Nana yang masih dalam proses menghabiskan sisa cuti tidak dapat di’hubungi untuk komen.

Agak kurang bernasib baik nasib Nana kerana sebelum ini rakan setugas lain dipindahkan ke stesyen radio yang agak gah bilangan pendengarnya.

Nazri Noran memberitahu yang pertukaran dalaman ini adalah untuk kebaikan kedua-dua stesyen radio tersebut.

ERA FM kini sudah di’pintas populartinya oleh HOT FM yang dimiliki oleh Media Prima. XFM walaubagaimanapun masih bergelut untuk meletakkan diri dikalangan radio popular.