fbpx

Nikah Pagi Tadi, Sharifah Aleya Selamat Bergelar Isteri Kepada Miko

Lama kita tidak dengar cerita tentang Sharifah Aleya, sejak keputusan beliau untuk bertudung penuh sekitar Julai 2012 yang lalu. Hari ini penyampai radio popular di Hot FM ini sudah selamat bergelar isteri kepada seorang jejaka bernama Miko.

Menurut sumber kami. Sharifah Aleya & Miko atau nama sebenarnya Muhammad Azam Abdullah selamat diijabkabulkan di masjid al-Mukarramah di Sri Damansara pagi tadi dan majlis akad nikah diadakan secara kecil kecilan.

Sharifah Aeya menerima tiga dulang hantaran dari pihak lelaki dan dibalas lima dulang oleh pihak perempuan. Perkenalan mereka bermula sejak sama-sama membuat persembahan teater muzikal Terima Kasih Cinta pada 2011.

Ini merupakan perkahwinan kali kedua buat penyampai radio ini dan perkahwinan Sharifah Aleya sebelum ini dikurniakan anak kembar, Aza Ameena dan Asha Ameena, berusia lima tahun.

Kami juga difahamkan yang Sharifah Aleya mahu pun Miko sendiri tidak menjemput mana mana media untuk menjalankan liputan dna terima kasih kepada sumber kami, ini beberapa keping gambar pasangan ini untuk tatapan anda. Tahniah Aleya & Miko! (rtky/m)