TERBARU

Saya Keluar Bukan Kerana Fasha Sandha — Nora Danish

(Sumber Berita & Gambar: Murai.com.my)

Pulak dah. Okay. Ada dua sebab kenapa kami buat satu lagi entri berkaitan isu Nora Danish lari dari set Spa Qistina ini.

Satu, gambar Nora Danish yang Murai keluarkan sangat comel. Walaupun tiada satu pun riak gembira, tapi pemilihan 4 riak wajah yang ikhlas dalam kebuntuan sangat tepat.

Dua, sebab kenyataan Nora Danish ada sedikit berubah. Kali ini Nora Danish menegaskan yang penarikan diri beliau tiada kena mengena dengan Fasha Sandha.

Semuanya berpunca dari tindakan produser Spa Qistina, Datin Zaiton Muhd Jiwa (Kak Ton) yang di’katakan mungkir janji.

Kisah sebenarnya sudah menjadi sedikit komplikated & kalau mahu cerita lanjut, baca & fahami di Murai.com.my.

Gambar News Selebriti

Kes Nora Danish Lari Lokasi: Saya Tak Boleh Berlakon Dengan Fasha Sandha

Dua tiga hari ini kecoh media hiburan Malaysia tentang kes Nora Danish lari dari lokasi pengambaran Spa Qistina & lebih haru, timbul cerita pelbagai versi.

Cerita yang pelbagai ini timbul atas kerana masing-masing ingin menegakkan ego sendiri pada hemat kami. Nora Danish pada awalnya menyatakan yang sebab utama adalah pertembungan jadual

Namun, ada gossip menyatakan yang Fasha Sandha & Nora Danish tarik rambut ketika berada di set. Selepas itu, produser Spa Qistina sendiri mengeluarkan kenyataan yang menyelar Nora Danish sebagai tidak professional.

Hari ini, Nora Danish tampil & mengaku yang beliau tidak professional dan tidak boleh berlakon bersama Fasha Sandha. Lain pula bukan ceritanya?

Namun rezeki Nora Danish tetap ada, beliau akan menjalani pengambaran filem terbaru ‘Jangan Pandang Belakang Congkak 2′ bermula esok (15/11).

Harap Fasha Sandha tidak buka mulut berkaitan kontroversi ini. Nanti semakin melarat & panjang ceritanya. Nora Danish pun sudah di’ganti dengan Ummi Nazeera.

News Selebriti

(Gambar) Putra Rayqal, Anak Nora Danish & Rizal Ashram

Mungkin agak terlambat RotiKaya tampilkan gambar anak Nora Danish, namun ia masih mencari carian ramai. Tidak salah rasa’nya berkongsi. Heh.

Gambar Putra Rayqal bersama ayah’nya, Rizal Ashram selepas ini. Juga gambar Nora Danish bersama ibu & ahli keluarga. Enjoice! Teruskan Membaca →

News Selebriti