fbpx

Gambar: Nora Danish Bersama Rayqal Di Majlis Berbuka Puasa

Gambar: Nora Danish Bersama Rayqal Di Majlis Berbuka PuasaEntah tiada ribut tiada angin semalam timbul satu gossip liar mengatakan Nora Danish kini sedang hangat bercinta dengan pelakon popular, Shaheizy Sam.

Di’mulakan oleh sebuah akhbar hujung minggu, Shaheizy Sam sendiri menafikan perkara tersebut yang di’anggap tidak logik, mengarut dan tidak berasas. – mStar Online

Bercakap kepada GUA hari ini, Nora Danish berkata beliau membatalkan hasrat untuk pulang beraya ke Myanmar seperti biasa kerana krisis yang sedang melanda.

Dan, berbalik kepada tajuk, Nora Danish semalam hadir ke majlis sidang media pelancaran novel Mencari Cinta dan juga majlis berbuka puasa yang berlangsung di Jalan Ampang.

Hadir dengan mengenakan busana merah sedondon dengan anak lelaki kesayangan, Rayqal, pasangan anak beranak ini memang menjadi salah satu tumpuan hadirin.

Terima kasih kepada Media Hiburan, anda kini boleh menatap wajah terkini Nora Danish bersama Rayqal sekitar majlis yang berlangsung semalam. Enjoice!