fbpx

(Melodi) Nora Danish Akui Ada Kawan Lelaki Yang Rapat, Bukan VIP

Selepas lebih dua bulan, Melodi akhirnya keluar dengan berita ini.

Hari ini, wartawan Melodi bertanyakan kepada Nora Danish tentang hubungan cinta baru beliau.

Nora Danish di’katakan di’lihat makan malam bersama seorang lelaki di sebuah restoran di ibu kota.

Kami juga pernah menulis yang ada peminat terserempak dengan pasangan ini di Suria, KLCC bersama-sama mencari pewangi.

Nora Danish mengakui yang beliau kini mempunyai seorang kawan lelaki yang memang rapat tetapi belum sampai ke tahap bercinta.

Nora Danish juga menafikan yang lelaki tersebut merupakan seorang VIP mahupun suami atau kekasih orang.

Kami doakan proses mengenal hati budi antara Nora Danish & lelaki ini akan berakhir dengan sesuatu yang indah. Bagus untuk anak Nora Danish.

Kami juga ingin mengucapkan selamat hari lahir buat anak Nora Danish, Putera Rayqal Ramli. Dengar cerita mama awak anjurkan parti malam ini.