fbpx

Drama Puteri Bakal Ke Layar Perak Tanpa Nora Danish

Kalau seseorang selebriti itu ada terlibat dengan kontroversi yang agak besar begini, memang wajah dia sahajalah yang akan muncul di media cetak & elektronik.

Kini giliran Nora Danish yang hari ini muncul di Utusan Malaysia menjelaskan untuk kesekian kali kedudukan beliau dalam kontroversi yang melanda.

Kami yang sudah membaca banyak kali naik bosan & ada cerita lain timbul semasa sessi temubual.

Satu ayat keluar dari mulut Nora Danish menyatakan ada ura-ura yang Aziz M.Osman berminat untuk membawa drama sitkom Puteri ke layar perak.

Drama sitkom Puteri yang berlangsung selama 10 musim adalah siri drama yang betul-betul membawa nama Nora Danish naik dalam persada seni.

Malangnya, Aziz M.Osman sudah sedia memaklumkan kepada Nora Danish yang beliau tidak lagi sesuai dengan watak Puteri kerana sudah berkahwin & mempunyai anak. Ouch!