Gambar: Tiz Zaqyah Dalam Utusan Malaysia, Nafi Anak Emas Khabir Bhatia

Malam tadi buat pertama kali kami menonton drama Gemilang, untuk 15 minit kerana ada kerja lain.

Tetapi sempat kami lihat kelibat Tiz Zaqyah yang ketika itu membuat lawatan penuh dramatik ke Institut Gemilang. Cheesy dialogue as usual.

Itu tidak penting, yang penting hari ini dalam Utusan Malaysia sisipan Mega Hits, wajah Tiz Zaqyah terpampang besar dalam persalinan watak untuk Gemilang.

Tiada apa yang baru di’bualkan oleh Tiz Zaqyah bersama wartawan Utusan Malaysia, dan sekali lagi Tiz Zaqyah menepis gelaran anak emas Khabir Bhatia yang di’berikan oleh mulut orang ramai.

“Mungkin sudah rezeki saya untuk berlakon di’bawah arahan Khabir Bhatia di’kala saya mempunyai waktu senggang & tawaran datang tepat pada masanya,” ujar Tiz Zaqyah.

Tiz Zaqyah juga mengakui selesa berlakon di’bawah pengarah ini kerana mereka mempunyai keserasian yada yada yadda yawnnn. Lagi gambar Tiz Zaqyah selepas ini. Enjoice! Teruskan Membaca

Eh! Tiz Zaqyah Nafikan Gossip Tinggal Serumah Dengan Remy Ishak, Kami Tertinggal Keretapi Atau..?

Jujur’nya, sebagai manusia yang hidup dengan makan gossip selebriti (melampau metafora), kami tidak tahu akan kisah Tiz Zaqyah ini.

Tetapi, tidak mengapa, kita tulis juga demi rekod untuk masa hadapan.

Murai.com.my semalam berjaya dapatkan kenyataan dari mulut Tiz Zaqyah sendiri berkenaan isu duduk serumah ini.

Pasangan drama Nur Kasih ini pernah di’katakan bercinta dan kisah mereka senyap setelah kisah cinta Tiz Zaqyah dengan anak seorang VVIP muncul.

Namun, terbaru, ada cakap cakap orang yang menyatakan percintaan Tiz Zaqyah & Remy Ishak masih berlangsung teguh dan mereka di’katakan tinggal serumah.

Tiz Zaqyah tidak menunggu lama untuk menyatakan yang kisah duduk serumah dengan Remy merupakan satu fitnah yang nyata.

“Saya memang berkawan dengan dia. Memang dia pernah datang dan melepak di rumah saya tapi bersama rakan-rakan lain.”

Bawa banyak bersabar ya Cik Tiz Zaqyah, mulut orang memang laju menyampaikan kisah sensasi yang tidak betul sebegini. Lumrah dunia hiburan. Telan sudah.

(Gambar) Majlis Perkahwinan Awal Ashaari & yeah, Tiz Zaqyah

Kredit gambar tanpa prejudis & jutaan penghargaan buat forum hiburan terhebat, terulung dan untouchable Malaysia, Cari.com.my.

Dan, seperti yang anda jangka, gambar-gambar ini adalah sedikit petikan dari sebuah drama lakonan mereka bersama.

Mana mungkin Awal Ashaari yang kita kenal hari ini mahu meninggalkan kekasih hati beliau, Scha al-Yahya setelah melalui ranjau & onak duri. Eceh.

Nampak janggal juga sebenarnya dua selebriti popular ini apabila berada di’atas pelamin bersama. Tapi, siapa tahu kan?. Lagi gambar ‘persandingan’ Tiz Zaqyah & Awal Ashaari selepas ini. Enjoice! Teruskan Membaca

Rizal Ashram Mengaku Tiz Zaqyah Ajak Keluar, Fasha Sandha Berjoget Riang

Tiz Zaqyah ada menghubungi saya empat kali, kira-kira jam 4 pagi, 19 Mac lalu. Kononnya dia ingin mengajak saya keluar tetapi saya menolak.”

Begitulah kata-kata Rizal Ashram yang kami copy pasta bulat-bulat dari Harian Metro hari ini. Kenyataan terbaru Rizal Ashram ini nampaknya akan menghangatkan situasi.

Tiz Zaqyah sebelum ini menyebut yang Fasha Sandha mengarut apabila menuduh beliau cuba menggangu hubungan cinta’nya dengan Rizal Ashram.

Mungkin kerana geram, Fasha Sandha memberikan lampu hijau kepada Rizal Ashram untuk mendedahkan segalanya. Mungkin.

Apabila tuan badan sendiri yang keluarkan kenyataan menyokong tuduhan Fasha Sandha terhadap Tiz Zaqyah, senang sudah jiwa raga.

Kita nantikan pula komen balas dari Tiz Zaqyah selepas ini. Masih menafikan atau mahu mula mengaku & menelan kepahitan yang di’cipta Fasha Sandha.

Update: Fizz Fairuz bersuara melalui mStar Online meminta Fasha Sandha jangan kaitkan namanya dengan agenda peribadi terhadap Tiz Zaqyah. Episod 2, action!

Update 2: Noh Hujan bergurau senda dengan Tiz Zaqyah dengan memetik laporan Harian Metro hari ini — “Patut la @tiztiztiz tak nak ajak aku klua.. Dia lepak 4 pagi. Time tu aku da tido..”

123