fbpx

Sammy Simorangkir Kembali Bersama Nadia Annuar?

Sekitar Disember 2013 yang lalu, penyanyi kelahiran Indonesia ini memberikan kenyataan kepada media yang hubungan beliau & personaliti TV3 ini sudah berakhir namun perkembangan baru seakan menunjukkan yang mereka tidak berputus ada.

BACA: Sammy Simorangkir & Nadia Annuar Putus Cinta Kerana Perbezaan Agama

Selain menyebut perbezaan agama sebagai puncanya, Sammy Simorangkir berkata hubungan dengan Nadia Annuar terputus juga disebabkan tiada persefahaman namun dari kemaskini terbaru mereka di lama sosial, pasangan ini seakan kembali bersama.

Personaliti TV3 itu dilihat hadir bersama ke konsert khas Keris Patih bersama Sammy Simorangkir di Jakarta, Indonesia selain beliau turut menemani penyanyi itu ketika sesi latihan yang dijalankan beberapa hari sebelum itu.

Dan ini bukan kali pertama terlihat gambar mereka berdua bersama sejak Sammy Simorangkir mengumumkan perpisahan mereka. Nadia Annuar nampaknya masih terbang ke Indonesia secara kerap untuk bertemu buah hatinya ini.

Jika benar mereka kembali bersama, good for them. Berikut beberapa gambar pasangan ini yang dikongsikan bersama peminat sejak akhir akhir ini. Enjoice! (rtky/m)