fbpx

Sammy Simorangkir & Nadia Annuar Putus Cinta Kerana Perbezaan Agama

Percintaan pasangan ini pernah mendapat perhatian daripada peminat kedua dua buah negara kerana terjalin dengan pantas namun semua itu hanya tinggal kenangan kini apabila Sammy Simorangkir sendiri akui sudah putus cinta dengan personaliti TV3, Nadia Annuar.

Menurut penyanyi Indonesia ini, hubungan mereka berakhir kerana sudah tidak sefahaman selain mempunyai perbezaan agama antara mereka berdua.

“Kami kini hanya kawan biasa sahaja & tidak lagi mempunyai hubungan cinta kerana perbezaan agama,” ujar Sammy Simorangkir kepada media baru baru ini.

Beliau juga memberitahu yang kini mahu fokus kepada karier dan jika satu hari nanti ditakdirkan bercinta, Sammy mahu mencari wanita yang seagama dengannya supaya hubungan lebih mudah namun tidak meletakkan sebarang harapan. (rtky/m)