fbpx

Raja Farah Terkilan Tuduhan Cerai Kerana Tiada Anak

Penceraian Raja Farah dengan bekas suaminya, Megat Bashirun Qhuyum Zakaria selepas lima tahun mendirikan rumah tangga baru baru ini mengundang pelbagai komen dari para peminat yang rata rata menulis seakan tahu apa yang terjadi dalam rumah tangga mereka selama ini.

Komen yang diberikan oleh para peminat dunia hiburan antara lain mengatakan yang kegagalan memberikan zuriat menjadi salah satu punca penceraian Raja Farah. Bercakap kepada mStar Online hari ini, beliau melahirkan rasa terkilan dengan tuduhan tidak berasas itu.

BACA: Raja Farah Failkan Penceraian, Akui Tidak Lagi Sefahaman

“Saya sedih bila baca komen di blog-blog hiburan terdapat segelintir masyarakat masih menyalahkan saya dalam perpisahan ini dengan mereka melemparkan kata-kata yang saya tidak mampu beri anak. Sebenarnya itu semua bukan sebab kami berpisah”

“Namun saya tidak boleh dedahkannya kerana menghormati arahan mahkamah syariah. Apa yang boleh saya beritahu ialah kami tiada persefahaman lagi,” ujar Raja Farah.

Dalam temubual sama, Raja Farah mengakui yang masalah rumah tangga mereka timbul pada tahun ketiga perkahwinan apabila mengambil keputusan untuk tiggal berjauhan selain tidak menolak berkahwin muda dan kurang matang menjadi punca masalah.

“Banyak perkara yang saya belajar tentang lelaki dan kualiti seorang lelaki untuk dijadikan suami. Saya masih muda dan tidak menolak untuk kembali berumah tangga semula selain mahukan cahaya mata sendiri,” tambahnya lagi. (rtky/m)