fbpx

Neelofa: Berhijab Lengkapkan Diri, Harap Doa Peminat

Untuk 24 jam yang lepas, berita paling mendapat perhatian ramai pastinya keputusan pelakon & pengacara, Neelofa untuk berhijrah dan mengenakan tudung secara penuh. Ianya mendapat reaksi positif dari para peminat dan suka akan penampilan barunya.

BACA: Neelofa Ambil Keputusan Berhijrah, Kini Berhijab Penuh

Dalam kenyataan terbaru kepada portal GUA, Neelofa berkata yang beliau tidak mehu dedahkan sebab kenapa beliau mengambil keputusan ini dan biarlah ianya menjadi rahsia peribadi.

“Memang betul ini adalah imej & penampilan terbaru saya. Mengenai soalan mengapa saya pilih untuk berhijab, biarlah ianya kekal sebagai cerita peribadi saya,“ ujarnya.

Neelofa juga berkata perubahan beliau berkat doa para peminat sebelum ini turut mengharapkan yang ianya akan berkekalan selepas beliau berhijab penuh. Beliau juga berkata yang keputusan untuk berhijab ini seakan satu keputusan yang melengkapkan dirinya.

“I feel like it completes me. Saya mengharapkan orang di luar sana untuk terus mendoakan dan menyokong saya. Sesungguhnya, saya amat menghargai setiap sokongan yang diberikan,“ ujar Neelofa mengakhiri perbualan. Kami suka imej baru anda, Neelofa. (rtky/m)