Pelakon Nur Fazura meminta kepada netizen agar tidak lagi mengganggu hidupnya serta memohon agar segala provokasi terhadapnya dihentikan.
Menerusi sesi siaran langsung, Fazura berkata dia mahu membesarkan anaknya, Nur Fatima Aisya dengan tenang serta peminat menerima hakikat bahawa dia dan bekas suaminya, Fattah Amin sudah tiada jodoh.
BACA: “Doakan Saya” – Fazura Bersyukur Dikelilingi Insan Positif
“Cukuplah, jangan ganggu saya. Mulai sekarang, saya dan Fatima akan sentiasa berdua mengharungi segala-galanya.
“Saya mohon kepada semua, cukuplah. Jangan ganggu saya lagi. Biarkan saya besarkan Fatima dengan sebaik-baiknya, dalam keadaan tenang dan harmoni.
“Ingatlah, jodoh, ajal dan maut semuanya sudah ditentukan Allah. Saya harap peminat saya dan Fattah Amin dapat terima hakikat bahawa sudah tiada jodoh antara kami,” katanya.
Sementara itu, Fazura turut mengatakan berkenaan insiden yang berlaku pada Ahad lalu dia dan Fattah sudah pun berbincang serta sudah mencapai kata sepakat.
“Itulah yang berlaku Ahad lalu. Saya sudah berjumpa bapa kepada Fatima dan kami sudah mencapai kata sepakat.
“Saya harap selepas ini, buat kali terakhir, semua peminat tolonglah hormati keputusan kami. Inilah yang saya sudah janjikan akan lakukan dan jika masih ada pihak yang belum tunaikan janji mereka, saya harap mereka dapat berbuat demikian,” katanya.
Terdahulu, Fazura dan Fattah dilihat hadir dalam satu program sekolah anak mereka, Nur Fatima Aisya sekaligus membuatkan peminat gembira. Bagaimanapun, pelbagai provokasi serta dakwaan yang dilemparkan oleh netizen susulan hantaran berkenaan.
Sumber: BH Online