fbpx

Lisa Surihani Dalami Watak Ibu Mengandung Dalam Filem

Aktres Lisa Surihani yang melakonkan watak sebagai Aleeya Azmeen dalam filem terbaru terbitan Astro Shaw berjudul Suamiku Encik Perfect 10! menjelaskan bahawa untuk menjiwai watak wanita mengandung dia banyak membuat pemerhatian dan berbincang bersama pengarah filem apa yang perlu dilakukannya untuk memperkemaskan lagi wataknya dalam filem tersebut.

“Saya banyak buat pemerhatian sekeliling dengan melihat orang lain yang mengandung supaya saya dapat lagi mendalami watak wanita yang mengandung. Saya juga banyak berbincang dengan pengarah untuk mengetahui apa yang dikehendaki dan disukainya dalam watak Aleeya Azmeen”

BACA: Nabil Menggigil Ketika Adegan Mesra Peluk Lisa Surihani

“Selain itu saya juga membesar bersama-sama dengan saudara-mara saya yang lain dan daripada situ saya melihat bagaimana mereka ketika mengandung,” katanya.

Chemistry yang ada di antara Aaron Aziz & dirinya menjadikan watak mereka berdua hidup dalam filem ‘Suamiku Encik Perfect 10!. Bagi Lisa Surihani komitmen yang ada sebagai pelakon profesional membuatkan mereka berdua serasi di layar perak.

“Saya terkejut dan tak sangka apabila orang mengatakan kami berdua ada ‘chemistry’ dalam filem ini. Bagi saya kerja atau komitmen yang kita buat perlu ikhlas. Begitu juga bila saya bergandingan bersama Beto dalam Istanbul Aku Datang walhal saya sebelum itu tak pernah berlakon bersama”

Buat peminat yang ingin menyaksikan filem yang diadaptasikan daripada novel popular Suamiku Encik Perfect 10! bolehlah ke seluruh pawagam tanah air pada 22 Januari ini. (rtky/hfz)