fbpx

Hanez Suraya & Romie Bakal Bertunang Sabtu Ini?

Sekitar awal November yang lalu menerusi sebuah laporan akhbar, Hanez Suraya ada memberikan pengakuan yang beliau kini sudah tidak bersama dengan kekasih kontroversinya, Romie namun terus berhubung sebagai seorang kawan.

Terbaru, ada sumber memaklumkan kepada kami yang pasangan Hanez Suraya dan Romie kini sudah kembali bersama selepas dilihat mesra keluar bersama di sebuah pusat membeli belah terkemuka di Kuala Lumpur. Sambut tahun baru bersama rasanya ‘kan?

BACA: Hanez Suraya Akui Tidak Lagi Bersama Romie, Buka Lembaran Baru

Dua keping gambar yang diambil pada 1 Januari 2015 ini menunjukkan yang pasangan ini duduk bersama menikmati makan tengahari di salah sebuah restoran di sana dan khabarnya siap makan bersuap sesama mereka, amboi nasib baik tidak dirakam kamera.

Dalam perkembangan berkaitan, seorang peminat hiburan di forum Cari tampil dengan maklumat mengatakan yang Hanez Suraya dan Romie bakal melangsungkan majlis pertunangan di bandar Seremban pada 3 Januari bersamaan hari Sabtu ini.

UPDATE-1: Hanez Suraya yang kami hubungi tidak menafikan atau mengiyakan berita di atas dan enggan memberikan komen lanjut tentang hubungan beliau kini bersama Romie.

Tidak tahu sejauh mana benarnya dakwaan tentang majlis pertunangan pasangan ini namun tidak mustahil jika dilihatkan dengan situasi sekarang di mana Hanez Suraya kembali ke pangkuan Romie. Mungkin jodoh mereka terlalu kuat untuk tidak bersama. (rtky/m)