fbpx

Gambar: Zahiril Adzim & Shera Aiyob Tidak Mahu Dedahkan Jantina Anak

Ini satu lagi pasangan suami isteri selebriti yang sedang berdebar menanti kelahiran anak sulung mereka dan kandungan si isteri kini sudah pun masuk trimester ketiga (30 minggu).

Shera Aiyob mendedahkan yang imbasan untuk mengetahui jantina anak sulung mereka sudah pun di’lakukan tetapi beliau & suami, Zahiril Adzim ambil keputusan untuk simpan keputusan imbasan itu.

“Berdasarkan ujian imbasan, doktor sudah memberitahu jantina bayi dan harapnya keluar nanti sama seperti yang doktor telah maklumkan”

“Justeru buat masa ini, biarlah kami simpan dulu jantina anak ini, kerana mana tahu nanti tidak sama dengan jangkaan doktor”

Shera Aiyib turut memberitahu yang beliau sudah tidak mengalami alahan teruk seperti mana yang di’alami ketika mula mula hamil dahulu dan ini membenarkan beliau untuk terus aktif berlakon.