“Awak Adalah Dunia & Akhirat Saya” – Janna Nick
Segala teka teki terjawab apabila pagi tadi pelakon Janna Nick dan Dini Schatzmann sah bergelar suami isteri tepat jam 8.35 pagi tadi.
Memetik Utusan Online, Janna dinikahkan oleh bapanya sendiri Muner bin Abdullah bersaksikan Pengerusi Masjid Aisyah, Haji Othman bin Yahya serta sepupu pengantin perempuan, Amir Fikri dan Amar Fikri.
BACA: Janna Nick, Dini Schatzmann Nikah Di Langkawi 10 Jun?
Dalam majlis yang diadakan di Masjid Aisyah itu, Dini turut menyerahkan mas kahwin RM2,703 kepada Janna dan seutas rantai emas. Difahamkan, jumlah mas kahwin tersebut adalah simbolik tarikh perkenalan mereka pada 27 Mac 2019.
Pasangan tersebut seterusnya diraikan dalam sebuah majlis resepsi yang berlangsung di sebuah resort terkemuka di Langkawi.
Meluahkan rasa syukur, Dini berkata dia teruja untuk memulakan perjalanan kehidupan baharu sebagai pasangan suami isteri serta berharap perkahwinan mereka diberkati.
“Alhamdulillah, rasa terpaling bahagia, maksimum. Rasa lega jua, majlis pernikahan ini sudah selesai dan berjalan lancar. Maka bermulalah perjalanan baharu kami sebagai suami isteri.
“Kami memang merancang perkahwinan yang bersifat peribadi dan privasi. Lebih bermakna untuk keluarga kami.
“This is a once in a lifetime moment in our life. Kami mahu jadikan majlis ini sesuatu yang indah sebagai memori kami berdua,” katanya.
View this post on Instagram
Sementara itu, Janna turut berkongsi perasaan gementar dan risaunya untuk melangkah masuk ke alam perkahwinan apabila kini sudah bergelar isteri.
“Ini adalah satu fas dan langkah terbesar sepanjang 28 tahun usia saya. Mengubah status daripada single ke isteri dan insyaAllah, seorang ibu.
“Saya juga mahukan satu majlis yang lebih dekat dengan saya sebagai Nurul Jannah. Meraikan fas baharu saya bersama keluarga tercinta dan rakan-rakan,” katanya.
Berkongsikan gambar perkahwinanya di Instagram sebentar tadi, Janna meluahkan rasa syukur serta menitipkan ucapan romantis bahawa suaminya itu adalah dunia dan akhiratnya.
Alhamdullilah tahniah Janna muka sama mmg jodoh Dini.
Tahniah dik jannah
Tahniah Janna dan Somi.
Org KEDAH terbaik ?
Well done Janna..Keep it simple saja..tak macam yang lain nak wedding OF the YEAR..
Tulah yg lain challenge nak sponsor…..good call Janna Dini. Moga kekekal kejannah.
It’s givin bunga citra and ashraf sinclair
Alhamdullilah selamat pengantin baru Janna & Dini. Cantik baju nikah, betul rupa seiras semoga kekal kesyurga…Aamin.
tua setahun je? boleh la ye dokk
Dh jodoh umur brapa pun ok je pn.sama cantik sama padan.gittcheww..
. semoga bahagia kalian berdua…
Hmmm..Yg x laku je condemn gelabah biawak!!!
Hahaha
dini ni nampak lembut, janna ni garang. sama la mcm scha dengan awal. tak sangka lama jugak dorg dah kawin