fbpx

Gais, dah masuk Disember ni. Mood bercuti dah boleh onz dah! Jom lah tempah penerbangan anda dengan Malaysia Airlines, jualan akhir tahun sedang berlangsung!

Inilah masa yang sesuai untuk anda merancang percutian anda yang seterusnya dengan tawaran hebat untuk penerbangan, add-ons dan juga insurans perjalanan. Eee, tak sabarnya!

Rancang Percutian Anda Sekarang!

Anda rancang perjalanan anda yang akan datang dengan tawaran penerbangan dan tempat duduk yang terbaik. Tak kisahlah anda nak melawat orang tersayang dekat atau jauh, merancang percutian yang menarik bersama rakan-rakan atau ingin memulakan pengembaraan solo ke, yang penting anda kena menikmati diskaun sehingga 35% tambang ke destinasi antarabangsa, dan tambang bermula RM89 sehala ke destinasi domestik! Selain itu, dapatkan 10% bonus Enrich Points dengan tempahan anda!

Anda cakap je nak pergi mana. Dalam negara pun ada, luar negara pun ada tau. Negara kita ni banyak je tempat menarik. Haa, jangan menyesal di kemudian hari kalau anda tak pernah nak jejak kaki di tempat menarik di negara kita ni. Ahaks.

Dalam Negara Pun Best Tau

Melancong di dalam negara ni dapatlah anda berjimat sikit. Anda tak payah dah sibuk-sibuk nak bayar visa atau passport tu lagi. Bukan tu je, barangan di negara kita ni pun semuanya murah dan berpatutan! Paling awesome, anda tak payah bersusah-susah nak tukar matawang asing segala kalau mahu pergi melancong di negara sendiri.

Selagi kita boleh berjimat lebih bagus kita berjimat daripada membazir. Nak pula sekarang tengah on jualan akhir Malaysia Airlines, lagi lah boleh jimat banyak!

Untuk Semenanjung Malaysia seperti ke Kuala Terengganu, Johor Bahru dan Pulau Pinang, promosi bermula RM89; antara Sabah Sarawak, RM99; Sarawak RM129 dan Sabah RM179. Semua ni rate harga untuk seat lite ekonomi untuk perjalanan sehala menyeluruh ya.

Melancong Luar Negara Pula Gais

Dah pusing habis melancong dalam negeri? Jangan risau, pada anda yang meronta-ronta nak ke luar negara tu, hah! Onz je gais. Pintu sempadan negara pun dah lama dibuka. Yang rindu nak tolak ‘luggage’ bag tu, apa lagi? Inilah masanya untuk anda rebut peluang melancong ke luar negara.

Anda boleh masukkan Seoul, Taipei, London, Singapore dan Bangkok antara destinasi pelancongan anda. Confirm best! Paling penting anda boleh dapatkan diskaun sehingga 35%. Tempah penerbangan sekarang untuk percutian akan datang! Nak tau info lanjut, klik LINK ini.

Oh ya, tempoh jualan bermula sekarang sehingga 12 Disember 2022. Manakala tempoh perjalanan pula bermula sekarang sehingga 31 Ogos 2023. Amacam gais? Dah decide ke nak pergi mana. Anda dah boleh plan dengan famili dan kawan-kawan anda. At least dengan melancong ni dapat juga mengurangkan stress anda.

Anda boleh menjelajah ke destinasi pilihan anda untuk mencari ketenangan jiwa dan mencari kekuatan supaya anda berasa lebih tenang dan bersemangat. Di samping, ia juga membantu kita refleksi semula matlamat dan kepentingan peribadi kita!

Website: https://www.malaysiaairlines.com/my/en.html
Page FB: https://www.facebook.com/malaysiaairlines
Page IG: https://www.instagram.com/malaysiaairlines/