Isteri kepada penyanyi MK K-Clique iaitu Siti Hajaar tampil bersuara apabila rumah tangga arwah bapanya, Datuk Seri Dr Sheikh Nordin Sheikh Ahmad bersama ibu, Datin Seri Hajah Sharifah Hasnah Syed Hussain menjadi bualan di media sosial.
Menerusi perkongsian di TikTok peminat Siti Hajaar ada dikongsikan paparan screenshot memaparkan isteri kepada penyanyi itu membalas komen daripada seorang netizen.
BACA: MK Ambil Masa Setahun Nak Pikat Siti Hajaar
Siti Hajaar berkata ibu bapanya tidak pernah bercerai seperti yang didakwa serta meminta mereka diluar sana berdiam diri jika tidak tahu perkara sebenar.
“Kalau kita tak tahu lebih baik kita diam, takut ia mendatangkan fitnah. Untuk pengetahuan semua, ibu saya dengan arwah bapa saya tidak pernah sekali bercerai,” tulisnya.
Sementara itu, rata-rata netizen mengucapkan terima kasih kepada Hajaar diatas penjelasan berkenaan serta meminta kepada semua pihak memberi ruang kepadanya yang baru kehilangan bapa tercinta.
Ahad lalu, Datuk Seri Dr Sheikh Nordin Sheikh Ahmad telah menghembuskan nafas terakhir, akibat strok, di sebuah pusat perubatan swasta.