fbpx

Zulin Aziz Izin Jika Suami Nak Tambah Isteri Tapi Perlu Ada Sebab Kukuh

Pelakon Zulin Aziz berkata dia mengizinkan suaminya, Farhan Norzaini jika mahu menambah isteri atau jatuh hati pada wanita lain .

Memetik Astro Gempak, bagaimanapun Zulin berkata suaminya perlu pastkan dirinya mampu untuk berlaku adil sebelum mahu hidup berpoligami serta ada sebab yang kukuh.

BACA: “Kalau Boleh Memang Nak Anak Terus Tapi Tak Ada Rezeki Lagi” – Zulin Aziz

“Saya simple, saya cakap dekat suami ‘you dah nampak contoh, kita ni selebriti dan tak boleh sebarang nak buat perangai’. Kalau nak atau suka dekat seseorang itu, beritahu awal-awal.

“Tapi kena ada sebab dan asbab, kalau kukuh.. jalan, saya pergi pinangkan. Tapi kalau tak kukuh, kena pastikan kukuh dulu. Kalau satu pun tak boleh, nak buat apa dua, tiga empat.

“Bagi kukuh dulu yang satu ini. Nak jadi madu saya pun kena tengok dulu perangai elok ke tak. Kalau tak elok tu, sesuai jadi maid saja,” katanya.

Dalam pada itu, Zulin turut memberi peringatan kepada para suami bahawa isteri adalah tanggungjawab serta amanah daripada Allah dan tidak mensia-siakan mereka.

“Isteri ini amanah dan tanggungjawab, kena ingat dari segi zahir dan batin. Kalau tak adil di dunia ni, nanti dekat akhirat ditanya.

“Kalau satu pun terkontang-kanting, jangan tambah-tambah. Jangan takut pada manusia, tapi takut dekat sana (akhirat) tu nanti,” katanya.