fbpx

Usia perkahwinannya belum mencecah setahun, pelakon Zulin Aziz mengakui tersinggung apabila sering ditnaya mengenai soal cahaya mata.

Memetik Harian Metro, Zulin berkata lama-kelamaan dia sudah lali dengan pertanyaan tersebut serta berharap orang ramai mendoakan agar dia dikurniakan cahaya mata secepat mungkin.

BACA: “Kami Pun Nak Anak, Tak Pernah Berhenti Usaha” – Zulin Aziz

“Februari ini, baru setahun saya berkahwin. Orang lain bertahun-tahun cuba dapatkan anak sampai dah lali dengan pertanyaan orang.

“Mungkin saya yang masih baru ini, terasa hati tu adalah. Namun, lama-kelamaan bila dah orang hari-hari tanya, kita dah macam tak apalah abaikan saja.

“Dari anggap negatif, terus berubah jadi positif dan mohon mereka doakan. Apatah lagi, kami pun bukan tak nak anak atau rancang nak anak dua tiga tahun lagi.

“Kami memang kalau boleh nak anak terus tapi tak ada rezeki lagi. Saya berharap sangat netizen yang bijaksana di luar sana, daripada tanya saya bila nak dapat anak, lebih baik tadah tangan sekejap saja doakan untuk saya,” katanya.

Dalam pada itu, Zulin berkata orang ramai sepatutnya lebih sensitif apatah lagi bertanyakan soalan mengenai isu peribadi terutama soal perkahwinan dan anak.

Zulin turut berkongsikan keguguran dialaminya pada Ogos lalu dimana dia mengalami sakit perut namun tidak tahu dirinya rupanya sedang hamil.

“Ikutkan kehamilan saya itu tak sampai sebulan lagi. Waktu itu, saya tak tahu yang saya dah hamil tapi tiba-tiba rasa sakit perut memulas.

“Selepas itu, ‘period’ (datang haid) saya datang lambat tapi dah tak ada rezeki. Mungkin kebetulan ketika itu, saya bergerak lasak sebab baru saja pindah rumah,” katanya.