fbpx

Zulin Aziz Dirikan Solat Hajat Khas Untuk Adik Bella Di Raudhah

Sejak minggu lalu, hangat diperkatakan mengenai kes perbicaraan tentang pengabaian dan penganiayaan terhadap anak istimewa, adik Bella.

Lebih menjadi bualan difahamkan hampir 10 orang peguam mewakili pengasas Rumah Bonda iaitu Siti Bainun untuk kes tersebut.

BACA: Zulin Aziz Pilih Tak Tunjuk Kemesraan Di Media Sosial

Perkara itu turut mendapat perhatian selebriti termasuk pengacara Zulin Aziz yang memaklumkan akan mendirikan solat hajat buat adik Bella di Raudhah, Masjid Nabawi.

Meluahkan rasa syukur diberikan kesempatan untuk masuk ke Raudhah buat kali ketiga, Zulin berkata dia menggunakan peluang tersebut untuk menunaikan solat hajat serta mendoakan kebenaran dan keadilan buat adik Bella.

“Aku direzekikan lagi masuk Rawdah kali ke-3. Alhamdulillah. Kalini khas buat Adik Bella. Solat sunat hajat dan doa semoga Allah tunjukkan kebenaran dan berikan keadilan buat adik Bella di dunia ini. Semoga Allah perkenankan doa2 kita semua,” tulisnya.

Terdahulu, Zulin dan suaminya, Farhan Norzaini telah berangkat untuk menunaikan ibadah umrah pada minggu lalu.