fbpx

Zulin Aziz Pilih Tak Tunjuk Kemesraan Di Media Sosial

Selamat mendirikan rumah tangga pada 20 Februari lalu, pelakon dan pengacara Zulin Aziz berkata tiada sebab untuknya menunjukkan kemesraan bersama suami, Farhan Norzaini di media sosial.

Menurut Zulin, apa yang dipaparkan di media sosial adalah berkaitan dengan kerja dan bukan babak “sweet sweet”. Ujarnya lagi, suaminya seorang yang romantik namun bukan jenis menunjuk lebih-lebih lagi kepada umum.

BACA: Zulin Aziz Sah Bergelar Isteri Farhan

“Nak tunjuk gambar kemesraan bersama suami di media sosial, tiada sebablah. Tapi kita dalam bidang yang sama dan kalau dari segi pemasaran memang ya. Itu saya cakap awal-awal.

“Kami bukan jenis begitu. Suami romantik tapi dia bukan jenis nak menunjuk kepada orang. Bila nak buat benda begitu jadi geli.

“Biarlah kami berdua yang tahu berkenaan hubungan kami. Biarlah hanya berkenaan kerjaya dipaparkan di media sosial,” katanya.

Dalam pada itu, Zulin berkata dia mengambil pendekatan untuk tidak mempedulikan komen negatif netizen di media sosial. Malah, dia memilih untuk memadam komen komen yang tidak sesuai kerana baginya dia ada hak untuk mengawal media sosial miliknya.

“Saya buat begini bagi mengelakkan sebarang isu pada masa akan datang. Saya pun dah ingatkan suami dari awal agar jangan pernah baca komen warganet. Itu sebabnya saya padam.

“Ada yang kata kenapa perlu padam komen? Bagi saya, kita ada kuasa kawal media sosial kita. Kenapa kita nak biarkan dia (netizen) berbuat demikian dan menjaga hati orang yang komen buruk kepada kita?

“Sepatutnya, kita ada hak ke atas platform kita sendiri dan buang benda-benda yang tidak elok supaya tak merebak,” katanya.

Zulin selamat bergelar isteri kepada rakan kongsi perniagaan dengan sekali lafaz di Masjid Negara pada 20 Februari lalu.