Zulin Aziz Dapat Tawaran Berlakon Filem Tamil
Jika anda mengikuti laman media sosial Zulin Aziz pasti ramai tahu bahawa pelakon dan pengacara itu sering memuat naik pelbagai video kelakar untuk hiburan netizen. Antara videonya yang paling menjadi perhatian adalah parodi filem Bollywood.
Malah video parodinya juga turut mendapat perhatian pelakon Bollywood, Arjun Rampal. Nampaknya, video kreatifnya itu memberi rezeki kepada Zulin apabila dia dikhabarkan menerima tawaran berlakon dalam sebuah filem Tamil.
BACA: Zulin Aziz Belanja Makan 10 Keluarga Sambil Bantu Peniaga
Perkhabaran gembira itu dikongsikan oleh Zulin sendiri menerusi Instagram miliknya. Gembira dengan tawaran tersebut, Zulin nampaknya sudah menyimpan hasrat untuk bertemu dengan pelakon popular Tamil iaitu Rajnikanth.
Perkongsian Zulin itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dan juga rakan artis yang tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan tahniah. Malah, ramai yang teruja dengan peluang keemasan tersebut.
Difahamkan, paparan mesej itu adalah daripada oleh pengurus Zulin iaitu, Ayra Nasir berhubung tawaran untuk menceburi industri Kollywood. Tak sabar nak tengok Zulin melangkah masuk ke industri Kollywood. Mana tahu, lepas ini boleh bintangi filem Bollywood pula.
Rajin gk layan video2 kt YouTube channel lawak tamil dlm melayu tu. Mmg kelakar siak…
offer je belum berlakon lagi. Macam raja ilya gak, offer je masuk Avengers. sampai kesudah tak de pun join. Sembang kencang!
Tp korg perasan x filem tamil ni dia punya sarcasm dan sindiran tajam pd penonton mrk mmg kaw2. Dia membodohkan audien mrk secara terang2 jek tp msykt peminat mrk bole terima jugak. Kalau kt Msia mesti org dah komplain mcm2. Org melayu ni mmg kaki komplain
Raja Ilya baru rumors dah kecoh satu alam.. Lastly tak jadi… Dengar cita, watak dia tu Captain Marvel.. tapi belum sempat screen test dah lesap.. Kononnya ada scene cium la, pakaian sexy la..
Raja ilya tu sape? Pelakon senario tu ke???
Biar confirm dulu la woii baru gebang kan malu takde tempat nak sorok muke haihh
Kalau kau nak tahu zulin oii, pelakon & industry tamil yang earn highest income dekat india, bukan bollywood. Lagi satu their standard very high, kalau kau boleh berlakon macam jothika dalam chandramukhi tu memang dah kira hebat gila laa
raja ilya ada kedai kopi. sedap. ape nama entah. richiamo kot