fbpx

Zulin Aziz Belanja Makan 10 Keluarga Sambil Bantu Peniaga

Berikutan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tidak dinafikan banyak perniagaan yang terjejas dan hilang punja pendapatan, lebih-lebih lagi mereka yang mengusahakan kedai makan secara kecil-kecilan.

Susulan itu, ramai artis-artis menghulurkan bantuan kepada pengikut mereka dengan menyediakan perkhidmatan review produk perniagaan secara percuma. Namun, lain pula cara yang dilakukan oleh Zulin Aziz yang membantu peniaga kedai makan dengan membuat pembelian.

BACA: Tanpa Pengantin Lelaki, Zulin Aziz Tetap Rakam Lagu Kahwin

Menerusi Instagram, Zulin membantu peniaga kedai makan dengan membeli makanan untuk dibelanjakan kepada 10 buah keluarga. Difahamkan, sebagai permulaan dia akan mengedarkan makanan tersebut di kawasan sekitar Lembah Klang terlebih dulu.

https://www.instagram.com/p/B-tVap7jo4W/?utm_source=ig_embed

Perkongsian Zulin itu mendapat respon positif daripada netizen yang memuji tindakan murni pelakon itu. Malah, ramai yang mendoakan agar Zulin sentiasa dimurahkan rezeki dan cepat-cepat dipertemukan jodoh.