Zul Yahya Tak Akan U-Turn, Enggan Kembali Berlakon

Bekas pelakon Zul Yahya berkata dia tetap dengan pendirian untuk tidak kembali ke dunia berlakon selepas lebih 10 tahun meninggalkan industri hiburan.

Memetik HibGlam, Zul berkata dia mengakui sebelum ada menerima tawaran namun dia menolak dan keputusan itu dibuat demi anak-anak.

BACA: “Saya Perlukan RM15,000 Dalam Masa Terdekat” – Zul Yahya Bawa Keluarga Tidur Di Kedai 

“Dulu memang pernah ada tawaran tetapi mungkin ramai tahu saya akan tolak, jadi sekarang saya tidak lagi menerima apa-apa tawaran. Ramai juga kawan lama yang dah bergelar pengarah ajak saya masuk set.

“Mereka pun faham bila saya tolak . Bukan sebab saya dah berhijrah, cuma apabila dah ada anak-anak, saya tak mahu benda itu (kemasyhuran) sedikit sebanyak bagi kesan kepada mereka,” katanya.

Sementara itu, bapa kepada tujuh cahaya mata itu berkata dia tidak mahu anak-anaknya menerima tempias populariti seandainya dia kembali berlakon.

Sebaliknya dia mahu mencari rezeki yang lebih baik untuk keluargannya dan mahu anak-anak melihat kepayahan dilaluinya. 

“Bukan saya tak nak berlakon kerana rasa dunia ini tak berapa bagus rezekinya — tidak. Dunia sekarang sangat terdedah dengan kemasyhuran. Tanpa televisyen pun boleh popular dengan melalui media sosial sahaja.

“Lagipun, kemasyhuran sekarang tak sama macam era lalu. Kemasyhuran hari ini kalau tak dikawal, boleh tergelincir dan membawa kepada benda memudaratkan. Saya sangat menitikberatkan mereka hidup dalam keadaan selamat.

“Saya kena cari jalan rezeki mana yang lebih baik untuk kami sekeluarga. Saya nak anak-anak lihat susah payahnya saya dan ibu mereka mencari rezeki. Dari situ, mereka juga dapat belajar sesuatu” katanya.

Sumber: HibGlam

×