fbpx

“Zul Lelaki Baik & Sopan, Saya Tak Kisah Orang Nak Doakan”

Dilihat mesra bersama selepas bergandingan menerusi drama Wifi Sebelah Rumah, ramai peminat mendoakan agar pelakon Ruhainies dan Zul Ariffin bertemu jodoh.

Menurut Ruhainies, dia mengakui selesa berkawan dengan Zul namun hubungan mereka sekadar kawan baik sahaja. Kata Ruhainies sikap Zul yang mudah mesara membuatkan mereka jadi rapat.

BACA: Mesra Bersama, Peminat Mahu Ruhainies & Zul Ariffin Kahwin

“Jodoh dengan Zul? Saya tak berani nak cakap soal itu. Tetapi setakat ini saya cukup selesa berkawan baik dengan dia. Seronok kawan dengan Zul.

“Saya memang suka menyakat dia di set penggambaran. Dia pun gila-gila juga. Kerja pun jadi senang bila dua-dua serasi,” katanya.

Dalam pada itu, Ruhainies memuji Zul seorang lelaki yang baik serta berharap akan dapat bergandingan bersama lagi selepas ini.

“Walaupun penggambaran drama itu sudah tamat tapi hubungan kami masih baik. Lagipun kalau peminat suka gandingan kami, maksudnya berjayalah drama tersebut.

“Zul pun seorang lelaki yang baik dan sopan. Saya tak kisah pun kalau orang nak cakap atau doakan itu ini, jodoh kan rahsia Tuhan?” katanya.