fbpx

Zul Ariffin Tolak Berlakon Watak Berpelukan, Adegan Seksi

Umum mengetahui, pelakon berbadan sasa Zul Ariffin telah menunaikan ibadah haji di Tanah Suci Mekah pada Jun lalu.

Terbaru, perkongsian penerbit Fazdil Teh menjadi perhatian apabila memaklumkan pelakon itu tidak mahu lagi menerima tawaran yang memerplukan dia berpelukan serta melakukan adegan seksi.

BACA: Zul Ariffin Rindu Cuaca Panas Di Arafah

Menerusi perkongsian di Facebook, Fadzil berkata dia menawarkan watak sebuah drama kepada Zul beberapa hari lalu. Menurut Zul, dia masih lagi berlakon namun dia tidak mahukan watak berpelukan serta yang mempunyai adegan seksi. 

“Dua tiga hari sudah aku dok bersembang  dgn aktor Haji Zul Ariffin.  Dok offer la watak watak untuk drama siri baru.

“Zul bagi tau dia berlakon lagi tapi tak mau dah watak watak sexy peluk peluk semua. Aku kata ok ambik watak ni dia tak ada rogol gomoi perempuan , dia kata minta maaf haji saya tak nak terlibat lagi cereta cereta macam ni,” katanya.

Terkesan dengan keputusan Zul itu, Fadzil berkata dia terus menghubungi pihak stesen televisyen untuk membuang adegan yang keterlaluan dan dipersetujui oleh mereka.

Dalam pada itu, Fadzil turut mengakui lalai kerana dia sendiri pernah berjanji tidak mahu lagi menerbitkan drama yang mempunyai adegan seksi.

“Lepas tu aku terfikir dan aku pulak malu sendiri. Aku pun terus call orang kuat tv tu minta kita buang plot story yang agak seksi. Depa setuju. 

“Aku pernah janji dengan diri aku tak nak dah terbitkan drama yang agak sexy jalan ceritanya. Tapi tu la kadang aku sendiri lalai dan lemah dengan dunia glamour ni.  Terima kasih hj zul ariffin,” tulisnya.