fbpx

Zul Ariffin Rindu Cuaca Panas Di Arafah

Umum mengetahui, pelakon Zul Ariffin sudah pun selesai menunaikan ibadah haji dan difahamkan masih lagi berada di Tanah Suci Mekah.

Menerusi satu perkongsian semalam, Zul ada memuat naik gambarnya berada di hadapan Kaabah serta meluahkan rasa rindu dengan cuaca panas di Arafah.

BACA: Bakal Tunai Haji, Zul Ariffin Berangkat Ke Tanah Suci 10 Jun Ini

 

View this post on Instagram

 

A post shared by zul_ariffin (@zul_ariffin)

“Awal hari ini, Zuhur di Al Haram. Pelik, saya sangat merindui panas di Arafah,” tulisnya.

Perkongsian Zul itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang meluahkan rasa rindu ketika berada di Tanah Suci. Kata netizen meskipun cuaca panas di sana namun nikmatnya berbeza.

Malah, ada yang mengatakan meskipun cuaca panas disana namun sebaik saja sujud di lantai di depan Kaabah hilang semua masalah dunia.