fbpx

Zul Ariffin Tak Kekok Bekerja Dengan Bekas Kekasih

Pelakon berbadan sasa, Zul Ariffin menganggap bekerja dibawah produksi Gayatri Su-lin Pillai yang juga merupakan bekas kekasihnya suatu ketika dahulu sebagai kerja profesional seorang pelakon. Malah sepanjang pengambaran berjalan, tiada istilah kekok diantara mereka.

BACA: Gayatri Beri Amaran Kepada Zul Ariffin

“Tidak ada masalah yang timbul antara kami dan kesibukan di lokasi juga membuatkan kami tidak ada masa untuk bermasam muka. Sejak berlakon filem Penanggal lagi saya sudah ingatkan dia, kalau rasa saya tidak sesuai dan tidak cukup bagus, jangan ambil saya”

“Kalau rasa watak itu memang sesuai untuk saya, saya sedia terima. Tetapi kalau tidak, tidak ada masalah sekiranya mereka mempunyai pilihan lain. Malah saya juga tidak kisah diberikan watak kecil seandainya itu yang bersesuaian untuk saya,” katanya kepada Projek MMO.

Zul yang mengulas lanjut mengenai filem terbarunya bertajuk, J Revolus. Tambahnya lagi, tiada pergaduhan timbul diantara mereka dan disebabkan itu masing-masing bersikap profesional. Pada masa yang sama dirinya juga tiada masalah untuk berbincang perihal kerja dengan Gayatri. (rkty/w)