Gara-gara memuat naik beberapa gambar berseluar pendek sehingga menampakkan ketulan peha ketika bercuti bulan lalu, Zul Ariffin telah mengundang banyak komen negatif serta lucah. menyedari hal itu, Zul memohon maaf kerana terlepas pandang soal aurat.

“Gambar itu tidak sengaja, saya memang selesa berseluar pendek. Saya akui saya terlepas pandang hal tersebut, saya minta maaf saya tahu benda itu melibatkan aurat dan saya tidak berniat untuk menayang aurat saya”

“Tapi saya tidak akan padam gambar tersebut kerana ia kenangan ketika saya bercuti, saya suka gambar itu. Walaubagaimanapun, saya berterima kasih kerana menegur saya dan saya tidak akan terlepas pandang lagi. Saya tahu dosa dan pahala,” jelasnya kepada m Star Online.

Sebelum ini Zul yang sedang bercuti di Sepanyol ada memuat naik beberapa gambarnya yang memakai seluar pendek hingga menampakkan peha. Posting itu mula dibanjiri dengan pelbagai komen berbaur lucah dan mengkritik tindakan Zul yang tidak menjaga auratnya sebagai lelaki.

Apapun mungkin kerana terlalu teruja bercuti dan mengambil gambar di tempat cantik seperti Sepanyol sehingga Zul tidak perasan pehanya terdedah. Umum pun mengetahui badan sasa pelakon ini memang digilai wanita, lagi-lagi bila Zul berseluar pendek. (rtky/w)