Bakal Tunai Haji, Zul Ariffin Berangkat Ke Tanah Suci 10 Jun Ini
Pelakon Zul Ariffin meluahkan rasa syukur apabila bakal menjadi tetamu Allah bagi mengerjakan ibadah haji pada tahun ini.
Memetik mStar Online, Zul berkata sepatutnya dia berangkal lebih awal ke Tanah Suci Mekah namun terpaksa bertolak pada 10 Jun kerana ada penggambaran yang perlu diselesaikan.
BACA: “Daripada Buat Benda Mengarut, Lebih Baik Duduk Di Mekah” – Zul Ariffin
“Saya sepatutnya berangkat lebih awal namun terpaksa dianjakkan ke minggu kedua iaitu 10 Jun disebabkan perlu menyelesaikan baki penggambaran.
“Alhamdulillah tiada rasa gementar tapi ada beberapa perkara perlu saya siapkan terlebih dahulu seperti menghadiri kursus haji. Kena ‘laju’ juga sebab saya ada lebih kurang seminggu untuk bersedia sebelum bertolak,” katanya.
Sementara itu, Zul berkata dia tidak pasti tawaran diterima untuk menunaikan haji itu menerusi cara VIP (very important person) atau sebaliknya, namun dia menganggap tawaran itu sebagai durian runtuh untuknya.
“Saya rasa (mengerjakan haji cara VIP). Saya dapat jemputan untuk pergi haji, jadi saya pergi bersama-sama tim saya. Saya tak pergi melalui Tabung Haji.
“Saya dah pergi tiga kali buat umrah sejak Ogos lepas, kalau ikut perancangan sebelum ini saya nak puasa dan raya di sana tapi sebab penggambaran tak dapat. Tapi dapat pula pergi haji, cantiklah saya anggap rezeki,” katanya.
Dalam pada itu, Zul mengakui bimbang dengan dugaan perlu dihadapi disana dimana cuaca dikhabarkan agak panas di sana.
“Saya sebenarnya ada projek tapi terpaksa ditunda sebab nak mengerjakan haji. Kalau umrah saya mungkin dah tahu tapi haji belum lagi.
“Kita nak kena pergi awal, dengan ramai orang dan musim panas. Jadi saya terpaksa tunda projek yang kerana bimbang tak dapat beri komitmen.
“Saya teruja nak mengerjakan haji, cuma lautan manusia itu tak tengok lagi sebab musim haji selalu kita tengok dalam televisyen ini kita lalui pula dengan musim panas,” katanya.
- SUMBER
- mStar Online
teringat dia punya dulu. comel je. dah naik haji dahhh
Akak aku pun bertolak 24 hb esok pergi pun bayar full ikut pakej Andalusia sorg 40 ribu. Nk tunggu yg bersubsidi dari TH mmg umur 80 tahun laa baru pegi. Mana tau nnt jumpa Zul kt sana hehe…
Kdg2 rasa pelik tngk retis2 ni, dlm socmed masing2 nk tunjuk betapa mewah dan kaya nya mrk2 ni. Tp bila tiba bab naik haji boleh kira dgn jari brp yg dah naik haji sbb mrk lbh dari mampu dgn kemewahan yg mrk tnjk kt sosial media tu. Yg rajin mrk tunjuk ialah naik umrah pd hal umrah tu sunat je hukumnya. Dgn kekayaan dan kemewahan masing2 sepatutnya mrk wajib tunai haji dah bukan umrah lg!!! Ini lg sibuk tunjuk kereta mewah, rumah besar, makan angin ke luar negara, shopping brg2 mahal. Nmpk sngt mrk2 ni mmg x kisah psl kewajipan rukun Islam yg 5 tu
Semoga dapat haji yang mabrur ye akak..kirim salam kat jul ripin ye kok ketemu nanti.
Aq setuju dengan Hurmmm… . Bila buat umrah sunat tak terlepas ibadah haji lagi. Bila buat haji mesti dengan umrah. Haji ada wukuf kt Arafah umrah xda.