fbpx

Zul Ariffin Perjelas Isu Video Lucah, Jadi Mangsa Deepfake

Sejak semalam tular di laman Twitter rakaman video aksi panas seorang lelaki mirip pelakon Zul Ariffin. Video itu memaparkan aksi lelaki berbadan sasa itu dalam keadaan berbaring sambil menunjukkan alat sulitnya.

Susulan penularan video tersebut, timbul persoalan apabila akuan Instagram Zul dinyahaktifkan. Tampil membuka mulut mengenai isu itu, Zul akui kecewa dirinya terkait kes sebegini dan menyifatkan dirinya menjadi mangsa ‘deepfake’.

BACA: Video Lucah Mirip Zul Ariffin Tersebar, Akaun IG Ditutup?

Ujarnya lagi, video berkenaan disunting oleh pihak tidak bertanggungjawab yang mahu memburukkan imejnya. Deepfake merupakan satu teknik suntingan untuk ‘menggantikan’ rupa paras seseorang pada gambar ataupun video.

“Sedangkan muka Mark Zuckerberg pun orang boleh ‘deepfake’, inikan pula saya. Senang sangat nak cari visual saya untuk buat ‘deepfake’ ni.

“Tak sangka pulak kali ini saya pula menjadi mangsa. Ingatkan benda-benda macam ni orang buat kat ahli politik saja,” katanya kepada Xtra.

Dalam pada itu, Zul akui sedih situasi ini dilibatkan dengan dirinya serta berharap artis lain juga lebih berhati-hati bimbang akan menjadi mangsa sepertinya.

Diharap dengan penjelasan Zul ini tiada lagi spekulasi liar berkenaan isu tersebut. Betul juga tu, dengan kecanggihan teknologi tidak mustahil ada yang sanggup melakukan perkara sedemikian untuk menjatuhkan seseorang.