fbpx

Video Lucah Mirip Zul Ariffin Tersebar, Akaun IG Ditutup?

Sejak malam tadi tular satu rakaman video memaparkan aksi panas seorang lelaki mirip pelakon Zul Ariffin di laman Twitter.

Video berdurasi 45 saat itu memperlihatkan aksi lelaki berbadan sasa itu dalam keadaan berbaring sambil menunjukkan alat sulitnya. Lelaki berkenaan dipercayai sedang berinteraksi dengan individu lain menerusi panggilan video.

BACA: Foto Babak Panas Zul Ariffin, Intan Najuwa Tersebar

Susulan penyebaran video berkenaan, pelbagai spekulasi timbul malah ramai yang terkejut dengan video berkenaan. Tidak kurang juga rata-rata peminat mula menyerang akaun Instagram Zul untuk mendapatkan penjelasan.

Bagaimanapun, hasil tinjauan mendapati akaun Instagram Zul Ariffin telah dinyahaktifkan.

Terdahulu, pada tahun 2018 Instagram Stories Zul Ariffin telah digodam dan gara-gara godaman tersebut, tersebar gambar kemaluan yang sehingga kini masih tidak diketahui siapakah pemilik sebenarnya.

Setakat ini masih tiada penjelasan lanjut daripada Zul sendiri. Kita tunggu sahaja apa kenyataan dari tuan badan tentang video ini.